Sunday, November 28, 2010

Tuan Fathurrahman 3

(sambungan)....Memulakan langkah pertama dengan penuh keyakinan , hari ini Fathurrahman akan memulakan pekerjaan sebagai jurutera pembuatan atom di sebuah syarikat pembuatan atom yang cukup terkenal di Andalus, malah hampir di seluruh dunia..Meraup mukanya kesyukuran, kerana dimudahkan Allah perjalanan hidupnya..Alhamdulillah, pemilihannya sebagai jurutera pembuatan atom ini dilakukan tanpa sebarang temeduga..Belum sempat dia berehat dan bersama ummi dan abi setelah berhempas pulas di luar negara..rupa- rupanya dia sudah disunting untuk menjadi jurutera syarikat Al-Tijjar Al-Binna malah ditawarkan dengan gaji yang cukup lumayan.. Ini semua, kerana kejayaannya mencipta peluru atom yang kecanggihannya dua kali ganda berbanding yang digunakan oleh beberapa Negara maju di dunia.
MasyaAllah, lama betul aku termenung dan berfikir sendiri; Fathurrahman terus berdiri dan melangkah maju ke dapur untuk menjamah sedikit sarapan pagi yang disediakan ummi.
Assalamualaikum, ummiku sayang; sapa Fathurrahman sambil mengambil tangannya ummi dan terus dicium hormat, dicium nya pula ke pipi kanan dan kiri ummi..wangian rambut ummi membuat dia kagum kepada ummi…iya lah, masih prihatin ummi nya menjaga penampilan diri walaupun umur sudah dimakan usia.. masyaAllah hebatnya ummiku, inilah penawar kasih dan sayang abi selepas Allah dan Rasul; berbisik Fathurrahman seketika…
Waalaikummussalam, alhamdullillah segak anak ummi hari nie; duduk lah, ummi ada buatkan roti arab kegemaranmu, jawab ummi dengan senyuman yang tidak pernah putus..sentiasa indah meniti dibibir.. abi mana mi? tak nampak pun dari tadi, tanya Fathurrahman… Oh, abimu keluar bersama Syeikh Ismail tadi, katanya mahu menziarahi sahabatnya bilal Umair..yang jatuh sakit dua tiga hari lepas; jawab ummi.. Fathurrahman, bagaimana hari ini..sudah bersedia? Ini hari pertama kamu akan bekerja.. lakukan kerja dengan bersungguh- sungguh.. Allah melihat setiap apa yang kamu lakukan.. jangan cuai dan mengambil kesempatan..yea!! pesan ummi lembut pada diriku.. Aku menyambut nasihat ummi dengan senyuman.. terasa tenang mendengar peringatan ikhlas ummi..InsyaAllah ummi, Fathurrahman tidak akan sekali- kali lupa akan pesanan ummi; jawab aku menenangkan hati ummi, diwajah tua ummi tercoret rasa bahagia dan tenang mendengar jawapanku..
Uurmm,mi sedap nye roti arab nie..masyaAllah pandai betul ummi masak…erm, nampak gayanya kene cari bakal isteri macam ummi gak la lepas nie, hehe..tersenyum kambing Fatrurrahman mengusik bonda nya tersayang..ye lah.. hampir bernanah telinga nya apabila ummi asyik meminta nya mencari bakal isteri..katanya dia sudah terlalu …padahal time itu dia masih lagi menuntut di universiti.. kata ummi, dirinya perlu meniru abi yang berkahwin awal..urm, kalau tak silap abi berkahwin ketika berumur 21 tahun manakala ummi pula berumur 19 tahun, 2 tahun lebih muda daripada abi.. hehe,menyeringai senyuman Fathurrahman mengingatkan bagaimana ummi tidak pernah letih memaksa nya untuk bernikah awal…
Opoocot, masyaAllah ummi; menjerit Fathurrahman terkejut..
Hah, tu lah berangan pulak yea!!! Dah sampai ke mana lamunan tuu.. hah tu la, ummi suruh kahwin awal- awal tak di ingin nya.. sekarang mengelamun je nak kan isteri; membebel ummi..
Hahah!!! Ala ummi.. saya berangan ingat kan ummi laa.. ingatkan bebelan ummi masa saya belajar dulu..bersambung

No comments:

Post a Comment