Saturday, February 26, 2011

Najib BERFATWA kpd Yusuf Qardhawi

Assalamualaikum w.b.t...

Dunia gempar seperti gempar nye gempa bumi yang menimpa New Zealand baru- baru ini.. terbaru perdana menteri kita mengeluarkan fatwa terbarunya apabila melabelkan Yusuf Qardhawi dan Ikhwan Muslimin sebagai pengganas.. sedarkah beliau, beza beliau dengan Dr. Yusuf Qardhawi?? Mengeluarkan statement sesuka hati menunjukkan kurangnya rasional perdana menteri Malaysia kita nie, lebih2 lagi dituduh nya kepada ulama' Islam dunia.. Najib langsung tidak layak untuk melabelkan Yusuf Qardhawi sebagai pengganas sedangkan dunia sendiri tahu jasa Qardhawi kepada dunia Islam..jika dibandingkan dengan Dato' Seri Najib kita amatlah jauh perbezaannya.. Najib juga tidak layak untuk mengatakan Ikhwan Muslimin sebagai pengganas..kerana persatuan inilah yang telah berjaya melahirkan ramai ulama' dan para ilmuan antaranya Said Hawwa dan Ramadhan al-Butti...jika benar Najib berpendapat bahawa Yusuf Qardhawi sebai pengganas, Malaysia sepatutnya tidak mengiktiraf beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah malah Najib perlu menarik balik perhargaan itu.. tengok berani tak???

Nie lah perangai orang Melayu kita, suka menuduh tanpa menggunakan ilmu.. da ilmu sekalipun langsung tidak dihiraukan asalkan kemahuan dan kepentingan diri tercapai.. dosa pahala tolak tepi..janji kocek penuh dan ketat..Ya Allah, permudahkanlah perjuangan kami.. bantulah kami membina khilafah Islamiyyah..

Thursday, February 24, 2011

Church VS Masjid

Assalamualaikum...

Nak berkongsi sikit..rupe2 nye susah jugak nak pergi church..opp, bukan pe nak buat research mengenai Christianity.. sem nie kene belajar agama so nak x nak kene pergi jugak..kalau ikut kan hati memang x nak pergi coz tau2 la priest and sister2 diorang nie suke buat dakyah diorang kat orang..but at the another side, this is a good chance for us to know better about the religion and compare it with Islam as our religion.. ok...return why i told before that to go to the church was very difficult.. yeah, i need to call several church at the difference places...most of them rejected our intention to make a tour there.. da jugak yang x angkat col..bile pikir2 balik nape la diorang nie susah sangat nak bagi kebenaran.. da yang bagi alasan church dia nie applied dalam bahasa cina.. ada jugak yang masa praying and visiting just only 30 minute for a week..susah2..

Alhamdulillah Islam tak begitu..pintu masjid terbuka 24 jam... setiap waktu sekurang2 nye 5 kali sehari sentiasa ada orang..inilah terbaik nye Islam..x pernah menyekat seseorang itu bertemu dan menemui Allah sebagai kekasihnya...malah masjid dijadikan tempat untuk menginsafi diri setelah bergelumang dengan dosa..masjid juga dijadikan tempat untuk menenangkan hati yang lara dan duka.. laungan hayya a'la solah dan hayya a'la falah cukup memikat hati.. menjadi tenang.. malah rase terpanggil untuk terus pergi dan berlari menemui kekasih hatii.. ya Allah tetapkanlah hatiku, ibu bapaku, keluargaku, sanak saudaraku dan sahabat2ku dalam agama.. Ya muqallibal qulub sabbit qalbi a'la diinik wa a'la toa'tik wa a'la jihadi fisabilik...Amin :)

Wednesday, February 23, 2011

Kemenangan di bumi UIAM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah itu sajalah kalimah yang layak dan wajar dilafazkan bagi setiap yang mencintai agama Allah, kerana 2 hari lepas Allah memberi kejayaan dan kemenangan kepada calon2 yang berusaha menegakkan agama Allah di bumi UIAM... alhamdulillah sepanjang tempoh pilihan raya kampus kali ini, saya sempat membantu beberapa calon yang bertanding kerusi sebagai Student Represntative Committee (SRC)ataupun MPP...satu pengalaman yang cukup bermakna bagiku.. siang malam kami bertungkus- lumus berusaha untuk memenangkan calon..pelbagai pahit manis dirasai sepanjang tempoh berkempen... pernah saya ditanya oleh beberapa kawan sekelas, berapa yang calon bayar awak untuk bantu dia berkempen?? saya terkedu pada awalnya...tetapi cuba juga ku menjawab walaupun tanpa berfikir panjang.. x de bayaran, insyaAllah balasan pahala nanti.. itulah antara jawapan yang saya berikan bila disogok dengan persoalan begitu..kadang2 terfikir juga di benak nie.. x sume perkara atau pekerjaan yang boleh dibayar atau diberi upah dengan wang ringgit...pelik saya dengan manusia zaman sekarang nie.. sume perkara dinilai dengan duit.. hilang sume makna pahala dan dosa.. as long as you get moneys, there is be the 1st..erm macam2.. sambung cerita sal berkempen... baru ku tahu, bukan mudah untuk menjadi SRC nie..macam2 kene ada kat diri seorang SRC..PR kene bagus la, pointer kene mantop, muka kene smart or lawa..but yang paling penting akhlak kene terbaik dan bersungguh2 bekerja bile di beri amanah..

Detik yang x boleh dilupakan sudah tentu lah time pengumuman siapa yang menang bertanding...yang pasti sume orang menangis kerana terlalu bersyukur dan gembira.. terutama muslihat (coz saya duduk dikalangan muslimat,muslimat erm.. x tahu la)..tiada perkataan yang boleh menggambarkan kegembiraan kami apabila satu persatu calon2 yang layak menang terus menang...Alhamdulillah.. itu saja yang mampu diluahkan.. sepanjang jalan pulang hari tu, saya hanya mampu tersenyum dan tersenyu.. dah x kisah dah pe org nak kate...huhu..alhamdulillah segala usaha dan doa diterima oleh Allah..

Tapi usaha x berhenti setakat nie jee, kami kene terus berusaha dan membantu exco2 SRC yang menang.. insyaAllah kami bukan hanya berjanji semata- mata tapi akan berusaha untuk merealisasikannya..semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan...Amin...syukran ya ROBB

Wednesday, February 2, 2011

Tuntutan dan Bantahan Rakyat Mesir keatas Hosni Mubarak

Assalamualaikum w.b.t...

Kali ini, saya memulakan penulisan saya dengan pergolakan hebat di bumi Mesir..bumi anbiya' setelah lama tidak menulis dek kekangan masa dan malas...Rusuhan hebat berlaku di Mesir setelah hampir 30 tahun (kalau x silap la), rakyat di pimpin dengan zalim, kejam dan kuku besi... tahniah saya ucapkan keatas rakyat Mesir kerana mempunyai kesedaran dan keazaman yang cukup besar..mereka bersungguh2 berusaha untuk menjatuhkan pemerintahan jahat Hosni Mubarak... sehingga kini, Mesir masih bergolak.. ketika mendengar di dalam berita, telah dilaporkan 3000 tahanan penjara berjaya melarikan diri kerana penjara terbakar.. sebahagian daripada mereka ialah tahanan Ikhwanul Muslimin... pelepasan mereka, saya kira satu rahmat daripada Allah.. moga mereka yang akan mewakili rakyat Mesir selepas ini.. seperti yang diketahui.. Ikhwanul Muslimin telah pun diharamkan di Mesir..ramai pimpinan dan ahli2nya ditangkap dan di bunuh...antara nya Hasan al- Banna dan Syeikh Qutb...moga2 tahanan2 Ikhwanul Muslimin ini adalah mereka2 yang masih membawa matlamat yang sama seperti as-syahid2 yang lalu..
Melihat kepada keazaman dan kecekalan rakyat2 Mesir menuntut kebebasan daripada perdana menteri Mesir, ada kemungkinan pemimpin itu akan turun..namun memikirkan hubungan rapat dan erat Hosni Mubarak dengan Yahudi Laknatullah..nampaknya agak sukar untuk melihat pemimpin itu turun...Yahudi cukup menyokong Hosni Mubarak... sokongan kuat Yahudi itu, mampu memberi kekuatan kepada Hosni Mubarak untuk terus berhelah dan mengekalkan kedudukan sebagai perdana menteri Mesir..
Itu semua suasana dan keadaan di Mesir... persoalannya Malaysia macam ne lak?? dan lebih 50 tahun.. rakyat2 Malaysia masih belum2 sedar..erm, pe nak jadi laa.. tunggu Malaysia jatuh dan kene batang hidung sendiri baru nak sedar kot.. Bukan nye nak sangat rusuhan nie...hancur bangunan sana sini..bakar rumah tu..bakar rumah nie.. cuma, ingin hati nie nak tengok rakyat2 Malaysia bersatu antara satu sama lain untuk menegakkan kebenaran..bukan bersatu untuk national value or ketuanan Melayu.. tapi the Islam, as a way of life.. 2 je... kite majoriti umat Islam..tapi sayang..x sume yang nak bersatu untuk tegakkan agama Islam.. aduhai..Malaysia2.. inilah Malaysia boleh, yang dibangga2kan :(...bileeekah kita rakyat Malaysia nak sedar dan bersatu??? jangan sampai nak tunggu BOM Amerika atau Yahudi jatuh atas rumah kite....