Sunday, November 28, 2010

Tuan Fathurrahman 3

(sambungan)....Memulakan langkah pertama dengan penuh keyakinan , hari ini Fathurrahman akan memulakan pekerjaan sebagai jurutera pembuatan atom di sebuah syarikat pembuatan atom yang cukup terkenal di Andalus, malah hampir di seluruh dunia..Meraup mukanya kesyukuran, kerana dimudahkan Allah perjalanan hidupnya..Alhamdulillah, pemilihannya sebagai jurutera pembuatan atom ini dilakukan tanpa sebarang temeduga..Belum sempat dia berehat dan bersama ummi dan abi setelah berhempas pulas di luar negara..rupa- rupanya dia sudah disunting untuk menjadi jurutera syarikat Al-Tijjar Al-Binna malah ditawarkan dengan gaji yang cukup lumayan.. Ini semua, kerana kejayaannya mencipta peluru atom yang kecanggihannya dua kali ganda berbanding yang digunakan oleh beberapa Negara maju di dunia.
MasyaAllah, lama betul aku termenung dan berfikir sendiri; Fathurrahman terus berdiri dan melangkah maju ke dapur untuk menjamah sedikit sarapan pagi yang disediakan ummi.
Assalamualaikum, ummiku sayang; sapa Fathurrahman sambil mengambil tangannya ummi dan terus dicium hormat, dicium nya pula ke pipi kanan dan kiri ummi..wangian rambut ummi membuat dia kagum kepada ummi…iya lah, masih prihatin ummi nya menjaga penampilan diri walaupun umur sudah dimakan usia.. masyaAllah hebatnya ummiku, inilah penawar kasih dan sayang abi selepas Allah dan Rasul; berbisik Fathurrahman seketika…
Waalaikummussalam, alhamdullillah segak anak ummi hari nie; duduk lah, ummi ada buatkan roti arab kegemaranmu, jawab ummi dengan senyuman yang tidak pernah putus..sentiasa indah meniti dibibir.. abi mana mi? tak nampak pun dari tadi, tanya Fathurrahman… Oh, abimu keluar bersama Syeikh Ismail tadi, katanya mahu menziarahi sahabatnya bilal Umair..yang jatuh sakit dua tiga hari lepas; jawab ummi.. Fathurrahman, bagaimana hari ini..sudah bersedia? Ini hari pertama kamu akan bekerja.. lakukan kerja dengan bersungguh- sungguh.. Allah melihat setiap apa yang kamu lakukan.. jangan cuai dan mengambil kesempatan..yea!! pesan ummi lembut pada diriku.. Aku menyambut nasihat ummi dengan senyuman.. terasa tenang mendengar peringatan ikhlas ummi..InsyaAllah ummi, Fathurrahman tidak akan sekali- kali lupa akan pesanan ummi; jawab aku menenangkan hati ummi, diwajah tua ummi tercoret rasa bahagia dan tenang mendengar jawapanku..
Uurmm,mi sedap nye roti arab nie..masyaAllah pandai betul ummi masak…erm, nampak gayanya kene cari bakal isteri macam ummi gak la lepas nie, hehe..tersenyum kambing Fatrurrahman mengusik bonda nya tersayang..ye lah.. hampir bernanah telinga nya apabila ummi asyik meminta nya mencari bakal isteri..katanya dia sudah terlalu …padahal time itu dia masih lagi menuntut di universiti.. kata ummi, dirinya perlu meniru abi yang berkahwin awal..urm, kalau tak silap abi berkahwin ketika berumur 21 tahun manakala ummi pula berumur 19 tahun, 2 tahun lebih muda daripada abi.. hehe,menyeringai senyuman Fathurrahman mengingatkan bagaimana ummi tidak pernah letih memaksa nya untuk bernikah awal…
Opoocot, masyaAllah ummi; menjerit Fathurrahman terkejut..
Hah, tu lah berangan pulak yea!!! Dah sampai ke mana lamunan tuu.. hah tu la, ummi suruh kahwin awal- awal tak di ingin nya.. sekarang mengelamun je nak kan isteri; membebel ummi..
Hahah!!! Ala ummi.. saya berangan ingat kan ummi laa.. ingatkan bebelan ummi masa saya belajar dulu..bersambung

Friday, November 26, 2010

Exam di bulan cutii

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, de sdkit ruang waktu dan rajin pada diri untuk update blog yg mungkin dah penuh dgn sesawang labah2..erm,rase- rasenye dah hampir 2 minggu berada kat rumah bersama famili tersayang.. memang best..yea lah walaupun penuh dgn kerja2 rumah seharian tapi hati enjoy dan happy..2 yang penting.. kenapa saya post tajuk "exam di bulan cutii" coz saya baru selesai final exam untuk semester yg pertama dan sekarang saya dlm fatrah cuti semester..walaupun berada dlm tempoh cutii tapi saya sekarang juga berada dalam fatrah exam..yea examination untuk mnjadi anak solehah..cuti kali nie saya cuba untuk memenuhi semua permintaan ummi dan abah..walaupun kadang2 penat dan mengantuk, tetap juga saya cuba lawan.. cuba memenuhi permintaan mereka sebagaimana mereka memenuhi setiap permintaan dan renggekanku..tapi kadang2 kantoi gak degan nafsu malas yg ada pada diri... menyesal jugak,namun alhamdulillah dapat juga menewaskan nafsu yang penuh jahat lagi terkutuk itu bila tersedar dan cuba baiki balik kualiti diri..yea la, kan dalam fatrah exam, nak dapat markah pahala tinggi- tinggi insyaAllah.. buat ummi dan abah, maaf laa jike skrg baruu anakmu ini tersedar..akan ku cuba untuk menjadi anak yang solehah..penyejuk hati dan matamu..terima kasih ummi..terima kasih abah

Tuesday, November 2, 2010

Tuan Fathurrahman 2

(sambungan)... Dia juga di tarbiah untuk menguasai bahasa-bahasa asing seperti yang disarankan oleh Rasullullah s.a.w , mereka yang mempelajari bahasa musuhnya dapat menghalang daripada tipu daya mereka. Menyambut sokongan inilah, Fathurrahman kini boleh menguasai beberapa bahasa antaranya Inggeris,Hebrew, Perancis, Sepanyol, Arab, China dan Jepun…Tetapi yang cukup membanggakan keluarga Syeikh Abqari adalah dia mampu menjadi Hafiz Al- Quran ketika umurnya baru mencecah 14 tahun malah mampu menghafal hadis- hadis Rasulullah..MasyaAllah begitu hebat ciptaan Allah di abad milenium ini..Meningkat umurnya 17 tahun, Fathurrahman meneruskan pelajarannya di luar Negara Andalus, Universiti of American menjadi pilihannya dan mengambil kursus teknologi Kejuteraan Kimia. Di Amerika inilah dia belajar bersungguh- sungguh untuk menguasai bidang kimia.. Dia juga melakukan research yang cukup mendalam kehidupan masyarakat barat terutamanya Yahudi di Amerika..Pada tahun 2019 dia mendapat ijazah yang pertama dengan menjadi pelajar terbaik universiti kerana berjaya menghabiskan ijazah dalam tempoh yang cukup singkat, 5 tahun yang sepatutunya perlu di habiskan selama 7 tahun oleh pelajar biasa..Minat belajar nya cukup luar biasa apabila dia ingin mendapatkan Master dan PHD sekaligus dengan menjadikan teknologi atom sebagai kertas kerja tesisnya…Untuk mencapai kejayaan luar biasa, hubungan dengan Allah juga perlulah luarbiasa..itulah rahsia kejayaan Fathurrahman. Qiamullail, solat diawal waktu, zikir, bertasbih dan membaca Al-Quran menjadi teman dan sahabatnya.
Dr.Fathurrahman
Selama 5 tahun, dia menghabiskan waktu untuk menghabiskan Master dan Phd nya.. 2025,pada tahun ini dia pulang ke negara asalnya Andalus.. begitu rindu dirinya pada keluarga tersayang terutama umi Ummu Ulfah dan abi nya Syeikh Abqari..Tidak lupa juga, akhi dan ukhtinya yang cukup dirindui dan disayangi Ghasan,Qasiem, Busyra,Malihah dan adik bongsu nya Safra’,Hampir sepuluh tahun , dia merantau menuntut ilmu dibumi asing..Dia juga bangga kerana adik-adiknya mengikuti jejak langkahnya.. kini adiknya Ghasan dan Busyra sedang menghabiskan pelajaran di Universiti Al-Azhar masing- masing dalam bidang Usul Fiqh dan Perubatan.. Begitu jua adiknya Qasiem yang kini sedang menghabiskan ijazahnya dalam bidang undang- undang di salah sebuah university di Bandar Manchester, England…Malihah adiknya pula baru mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Madinah dalam bidang Qiraat Quran.. Safra’, adiknya yang baru berumur 15 tahun sedang belajar di sebuah sekolah agama di Bandar Tunisia..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah mengurniakan segala kebaikan- kebaikan dan cahaya penyejuk hati ini berkat sentuhan kasih sayang umi dan abi yang tercinta…(bersambung)