Tuesday, November 2, 2010

Tuan Fathurrahman 2

(sambungan)... Dia juga di tarbiah untuk menguasai bahasa-bahasa asing seperti yang disarankan oleh Rasullullah s.a.w , mereka yang mempelajari bahasa musuhnya dapat menghalang daripada tipu daya mereka. Menyambut sokongan inilah, Fathurrahman kini boleh menguasai beberapa bahasa antaranya Inggeris,Hebrew, Perancis, Sepanyol, Arab, China dan Jepun…Tetapi yang cukup membanggakan keluarga Syeikh Abqari adalah dia mampu menjadi Hafiz Al- Quran ketika umurnya baru mencecah 14 tahun malah mampu menghafal hadis- hadis Rasulullah..MasyaAllah begitu hebat ciptaan Allah di abad milenium ini..Meningkat umurnya 17 tahun, Fathurrahman meneruskan pelajarannya di luar Negara Andalus, Universiti of American menjadi pilihannya dan mengambil kursus teknologi Kejuteraan Kimia. Di Amerika inilah dia belajar bersungguh- sungguh untuk menguasai bidang kimia.. Dia juga melakukan research yang cukup mendalam kehidupan masyarakat barat terutamanya Yahudi di Amerika..Pada tahun 2019 dia mendapat ijazah yang pertama dengan menjadi pelajar terbaik universiti kerana berjaya menghabiskan ijazah dalam tempoh yang cukup singkat, 5 tahun yang sepatutunya perlu di habiskan selama 7 tahun oleh pelajar biasa..Minat belajar nya cukup luar biasa apabila dia ingin mendapatkan Master dan PHD sekaligus dengan menjadikan teknologi atom sebagai kertas kerja tesisnya…Untuk mencapai kejayaan luar biasa, hubungan dengan Allah juga perlulah luarbiasa..itulah rahsia kejayaan Fathurrahman. Qiamullail, solat diawal waktu, zikir, bertasbih dan membaca Al-Quran menjadi teman dan sahabatnya.
Dr.Fathurrahman
Selama 5 tahun, dia menghabiskan waktu untuk menghabiskan Master dan Phd nya.. 2025,pada tahun ini dia pulang ke negara asalnya Andalus.. begitu rindu dirinya pada keluarga tersayang terutama umi Ummu Ulfah dan abi nya Syeikh Abqari..Tidak lupa juga, akhi dan ukhtinya yang cukup dirindui dan disayangi Ghasan,Qasiem, Busyra,Malihah dan adik bongsu nya Safra’,Hampir sepuluh tahun , dia merantau menuntut ilmu dibumi asing..Dia juga bangga kerana adik-adiknya mengikuti jejak langkahnya.. kini adiknya Ghasan dan Busyra sedang menghabiskan pelajaran di Universiti Al-Azhar masing- masing dalam bidang Usul Fiqh dan Perubatan.. Begitu jua adiknya Qasiem yang kini sedang menghabiskan ijazahnya dalam bidang undang- undang di salah sebuah university di Bandar Manchester, England…Malihah adiknya pula baru mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Madinah dalam bidang Qiraat Quran.. Safra’, adiknya yang baru berumur 15 tahun sedang belajar di sebuah sekolah agama di Bandar Tunisia..Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah mengurniakan segala kebaikan- kebaikan dan cahaya penyejuk hati ini berkat sentuhan kasih sayang umi dan abi yang tercinta…(bersambung)

No comments:

Post a Comment