Thursday, April 21, 2011

Tuan Fathurrahman 5

sambungan...Jom, Fathurrahman.. saya kenalkan awak dengan pekerja- pekerja kilang..
Ya, jom..jawab Fathurrahman dengan sedikit terkejut selepas dipalu soalan tiba- tiba..
Assalamualaikum w.b.t.., maafkan saya menganggu kerja kalian.. InsyaAllah hari ini saya ingin perkenalkan dengan jurutera baru kita..Fathurrahman.. Lulusan PHD dari University of American dalam bidang kimia.. InsyaAllah, dia akan menggantikan tempat Encik Umar Tilmsani yang telah pulang ke rahmatullah dua bulan lalu..terang Encik Ziyad kepada pekerja- pekerjanya.
Assalamualaikum saudara- saudara sekalian; saya Fathurrahman, mohon kerjasama dan tunduk ajar daripada saudara semua.. saya kira masih banyak benda- benda baru yang masih tidak saya ketahui dan wajar bertanya dengan kalian semua; sedikit gugup Fathurrahman memperkenalkan dirinya dihadapan hampir kesemua pekerja kilang kimia itu..
Sekali lagi, Fathurrahman diterjah dengan sebuah kejutan..jarang rasanya perkara ini berlaku..apa tak nya, selepas sahaja dia memperkenalkan diri..terus sahaja seorang demi seorang datang memeluk dan mencium dahinya..masyaAllah tarbiyyah apa yang telah mereka lakukan?? Dan siapakah mereka sebenarnya ini??..Fathurrahman terus dihujani dengan pelbagai persoalan..
Ahlan wasahlan ya akhi Fathurrahman..barakallahu khoir; telah menyambut dan memeluk erat dirinya seorang pekerja yang bernama Nejmuddin Ali…sempat lagi dia melihat tag nama pada baju lelaki dalam umur 40-an itu…
Terima kasih, Encik Nejmuddin;balas Fathurrahman mesra..
Panggil je pak cik, pak cik Din..tak perlu lah ber encik- encik..pak cik nie akan bekerja dibawah kamu nanti dan lagipun pak cik nie dah tua..dah tak sesuai dah nak ber encik- encik…beritahu pakcik Din mesra..
InsyaAllah pak cik, minta tunjuk ajar ye pakcik..masih banyak yang saya tidak tahu; balas Fathurrahman..
InsyaAllah..
Hampir kesemua pekerja kilang yang dia jumpa..ada yang bersalam, ada yang memeluknya..tidak kurang yang mencium dahinya..MasyaAllah, begitu hebat dan tinggi nilai dan akhlak Islam pada diri mereka..siapa mereka sebenarnya??? Berkerut dahinya, pelik bila memikirkan pekerja- pekerja di loji kimia Tijar Al-Binna..
Fathu, kamu nie kenapa..dari tadi lagi saya tengok kamu berdiam diri..berkerut dahi pula tu? Tanya Encik Ziyad pelik..dia masih meneruskan pemanduannya untuk pulang ke syarikat..
Tak ada apa- apa lah, Encik Ziyad..saya masih memikirkan pekerja- pekerja kilang tadi..beritahu Fathurrahman.
Kenapa dengan mereka?ada yang pelik ke? Tanya Encik Ziyad lanjut..
Siapa sebenarnya mereka??maksud saya disebalik sebagai seorang pekerja kilang, siapa mereka sebenarnya?? Saya rasa mereka lebih dari seorang pekerja kilang.. mereka bukan pekerja kilang semata- mata..; luah Fathurrahman hairan.
Oh, pasal tu ke sampai dahi kamu berkerut-kerut..betul, pekerja- pekerja yang kamu lihat tadi memang bukan pekerja kilang biasa.. mereka lebih daripada itu.. lebih tinggi nilai dan pangkat mereka disisi Allah, insyaAllah; beritahu Encik Ziyad, masih tidak berterus terang..
Maksud Encik Ziyad?? Tanya Fathurrahman tidak sabar..
Untuk pengetahuan kamu, kebanyakkan pekerja-pekerja di Syarikat Tijar Al- Binna merupakan hafiz dan hafizah..mereka telah berjaya menghafaz Al- Quran dan insyaAllah mengamalkannya juga..; terang Encik Ziyad.
Kamu pernah dengar mengenai salah seorang pekerja kami Allahyarham Umar Tilmsani; tanya Encik Ziyad.
Bukankah Allahyarham itu bekas jurutera kimia di syarikat kita..yang meninggal 2 bulan lalu..; jawab Fathurrahman..
Fathu..; Encik Ziyad tersenyap tiba- tiba.. lihat Fathurrrahman air mata jernih mengalir di pipi Encik Ziyad.. disekanya dari terus mengalir..dia masih lagi fokus memandu..
Ya, jurutera hebat kami itu baru sahaja pergi menemui Ilahi..dia telah syahid..syahid ketika melawan Zionis Yahudi di Palestin..untuk pengetahuan kamu, syarikat kita bukan sekadar syarikat kimia biasa... bukan sekadar sebuah syarikat kimia yang membuat senjata atom negara semata-mata..ia lebih daripada itu..lebih daripada itu.. setiap tahun syarikat akan menghantar dalam 100 orang atau lebih pekerja- pekerja kita untuk menjadi tentera- tentera Islam di beberapa buah Negara Islam yang bergolak..terutama di Palestin… syarikat kita bukan hanya mengajar pekerja- pekerjanya untuk membuat senjata perang malah syarikat juga bertanggungjawab membentuk rijal- rijal yang bersedia dan sanggup untuk ke fisabilillah..; sambung Encik Ziyad, masih ada sisa- sisa air mata bersisa di bibir mata Encik Ziyad..
MasyaAllah..begitu hebat!! Subhanallah..subhanallah..subhanallah; Fathurrahman terdiam..terdiam kerana terlalu kagum dengan pekerja- pekerja..masyaAllah, baru sekejap tadi aku bertemu, bersalam dan memeluk mereka – mereka yang hatinya cukup bersih..cukup kuat pergantungan mereka dengan Allah.. Astaghfirullah, adakah aku bersedia untuk ke jalan jihad..; berdialog Fathurrahman tanpa jawapan..
Kereta Encik Ziyad terus laju.. laju deras mencari jalan pulang...bersambung

Tuesday, April 5, 2011

Tuan Fathurrahman 4

sambungan....Hahah!!! Ala ummi.. saya berangan ingat kan ummi laa.. ingkan bebelan ummi masa saya belajar dulu..
Fathurrahman, bila kamu nak kahwin!!
Fathurrahman , bila kamu nak kahwin!!..ulang Fathurrahman beberapa kali mengajuk leteran dan nasihat ummi nya itu…
Hah, ummi berleter tu untuk kamu jugak.. ish tak nak laa ummi.. anak ummi jadi bujang terlajak…
Hahah!!!gelak Fathurrahman geli hati…
Assalamualaikum w.b.t..!!!
Waalaikummussalam w.b.t..!!! jawab Fathurrahman dan ummi nya hampir serentak..
Oh, abi nya sudah lama sampai; Tanya ummi sopan..disambut nya tangan abi dan dicium hormat..
Alhamdulillah, baru beberapa minit minit; jawab abi sambil tangan nya mengosok kepala ummi sebagai tanda kasih…
Inilah ukhuwwah dalam rumah tangga yang ditunjukkan abi dan ummi..sebagai contoh untuk kami anak- anak dalam membentuk rahmah dan mawaddah dalam keluarga.. tersenyum Fathurrahman bangga kerana dikurnia sepasang ibu bapa yang cukup menitik beratkan erti kasih sayang dalam sebuah keluarga sebagai pengikat kebahagiaan bersama..
Ummi..abi, Fathurrahman pergi dulu ya..saya tak boleh lewat untuk lapor diri..bimbang jalan raya sesak, saya perlu keluar awal; meminta izin Fathurrahman..
Elok lah tu, tak perlu kamu kelam kabut sangat nanti.. hati- hati bawa kereta tu; pesan ummi..
InsyaAllah mi, assalamualaikum w.b.t; berlalu Fathurrahman pergi tapi sebelum pergi sempat digapai nya tangan abi dan ummi dicium hormat..
Waalaikummussalam; jawab ummi dan abi salam anak sulung mereka itu…

Al-Tijjar Al-Binna

Pagi itu Fathurrahman perlu melapor diri di syarikat Al- Tijjar Al- Binna yang telah bersedia dari awal untuk menggunakan khidmat nya sebagai jurutera kimia…Alhamdulillah, rezeki dan nikmat yang besar dari Allah setelah dia berusaha semampu mungkin sehingga berjaya memggelarkkan diri sebagai doctor falsafah (PHD)…
Assalamualaikum; sapa Fathhhurrahman kepada Amina wanita tinggi lampai yang bertugas sebagai penyambut tetamu syarikat tersebut..
Waalaikummussalam…Syarikat Al- Tijjar Al- Binna, boleh saya bantu encik; balas Amina ramah…
Terima kasih, saya Fathurrahman…boleh saya tahu di mana office pengurus syarikat, Encik Ziyad..saya perlu lapor diri pagi ini; beritahu Fathurrahman tenang..
Encik nie, Fathurrahman bin Abqari..bakal jurutera kimia syarikat kami?; tanya Amina meminta kepastian..
Ya, saya!; didalam hati Fathurrahman meneka..kehadirannya mesti telah dimaklumi pihak syarikat kepada pekerja- pekerja yang lain atau lebih tepat bakal rakan sekerjanya..
Alhamdulillah, kedatangan Encik Fathurrahman telah pun dinantikan oleh Encik Ziyad.. sekarang dia menunggu encik dibiliknya.. encik jalan straight dan belok kanan..disitu encik akan nampak bilik Encik Ziyad.; bagitahu Amina jelas..
Terima kasih ya; balas Fathurrahman sambil menghulurkan senyuman…
Dia berlalu dan mencari- cari bilik pengurus syarikat itu, Encik Ziyad..bimbang jika tersalah masuk ke bilik individu lain..malu besar dia nanti..Setelah dipastikan pintu dihadapannya dengan tag nama EncikZiyad, dia mengetuk pintu yakin..Masuk!! terdengar suara dari dalam meminta nya masuk…Bismillahirrahmanirrahim..Fathurrahman melangkah masuk dengan kaki kanan..meminta keberkatan daripada Ilahi….
Assalamualaikum; sapa Fathurrahman membuka pertemuan..
Waalaikummussalam; , silakan duduk; menjawab Ziyad dengan ramah. Bagaimana cuti kamu selepas pulang belajar? Ke tidak cukup, tanya Ziyad bergurau..
Alhamdulillah, saya cukup gembira..pulang bertemu keluarga setelah lama di Negara orang..ikutkan hati nak saya merasa cuti lama- lama,bermalas- malas diatas katil sambil baca buku;beritahu Fathurrahman sambil tergelak kecil.
Jawapan lucu Fathurrahman disambut dengan gelakan Encik Ziyad, sehingga menampakkan sebaris gigi putih miliknya..
Sememangnya Fathurrahman cukup selesa dengan Encik Ziyad, lelaki 40-an itu bukan hanya hebat dari sudut pekerjaannya malah akhlak nya cukup menenangkan hati yang memandangnya.. mempunyai susuk tubuh yang tinggi lampai, dia seolah- olah seorang model namun dengan janggut yang dikemas rapi dan cahaya iman di wajah nya menjadikan seperti seorang ustaz yang alim..pertemuan kali pertama ketika pembentangan tesis PHD nya membuatkan Fathurrahman tidak terlalu kekok.. Harapannya pertemuan kedua ini akan mengikat hubungan yang baik terutamanya setelah bekerja bersama.
Alhamdulillah Fathurrahman, mengenali kamu nie memang sesuatu yang indah.. rasanya saya tidak perlu lagi untuk saya interview awak, memang terbukti awak mempunyai requirements pekerja yang kami mahukan..
Rasa nya, bila awak boleh mula kerja ditempat kami ini? Tanya Encik Ziyad meminta jawapan..
InsyaAllah, bila- bila pun boleh..kalau ditentukan hari ini pun insyaAllah saya bersedia; jawab Fathurrahman tenang.
Ok, cantik..untuk hari nie, apa kata awak temankan saya ke kilang loji kimia.. boleh juga untuk awak membiasakan diri dengan suasana disana..
InsyaAllah, jom..beritahu Fathurrahman tidak sabar..



Loji Kimia Al-Tijjar Al-Binna

Penuh debaran, Fathurrahman melangkah masuk buat kali pertamanya ke dalam sebuah loji kimia yang cukup besar..bukannya dia tidak biasa dengan suasana kimia dan makmal tapi loji Al- Tijar Al-Binna ini cukup mengagumkannya.. semuanya putih dan suasana cukup sejuk dan tenang padahal realitinya bermain dan berada dengan bahan- bahan kimia boleh menyebabkan persekitaran sekeliling menjadi panas..melihatkan wajah-wajah pekerja- pekerja kilang itu, Ya Allah semuanya cukup jernih dan tenang…Ya Allah, siapakah mereka sebenarnya? Ligat dan pelik Fathurrahman dengan suasana baru tempat kerja ini..bersambung..