Tuesday, October 19, 2010

Tuan Fathurrahman 1

Persiapan ketenteraan terus disiapkan oleh Kapten Al-Amin bagi menyediakan puak tentera yang terbaik seperti yang dikehendaki oleh Tuan Fathurrahman yakni pemerintah Andalus yang mula memerintah Negara sejak 2035 hingga kini. Memetik sabda Rasulullah s.a.w : “Raja yang terbaik, tentera yang terbaik dan rakyat yang terbaik sahaja mampu menakluki Konstantinople”.. Namun, kali ini misi Fathurrahman lebih besar, hajatnya berkobar untuk menakluki kembali Kota Baitulmaqdis yang telah dimiliki oleh kaum Yahudi laknatullah dan beberapa buah Negara Arab yang kini di takluki Yahudi. Demi mencapai matlamat besar itu dia telah mula membentuk persiapan bermula dengan dirinya terlebih dahulu. Kemahiran ketenteraan dipelajari, ilmu-ilmu pengetahuan dan pemerintahan dikutip dan diamalkan dalam diri dan pemerintahan. Begitu juga dengan menteri-menteri Negara, para tentera dan rakyat jelata Negara Andalus. Tempat mencari ilmu disediakan dengan percuma untuk membantu dan menjaga kebajikan rakyat. Golongan lelaki terutamanya di galakkan oleh kerajaan untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri, oleh itu kerajaan telah meyediakan insentif dengan menyediakan kelas menembak, berenang dan memandu seminggu sekali tanpa perlu dibayar. Usaha kerajaan ini cukup disambut baik oleh rakyat malah mereka menyiapkan diri dengan menyokong pihak kerajaan untuk menjadi para mujahid fisabilillah. Pengisian rohani juga tidak diabaikan, Tuan Fathurrahman telah mengajak dirinya dan para tentera khususnya untuk menunaikan solat di awal waktu dan qiamullail terutama tahajud setiap hari...Beliau akan menangguhkan semua mesyuarat serta merta apabila mendengar laungan merdu azan bilal Waliuddin..Waliuddin yang bermaksud pembela agama telah di amanahkan oleh Tuan Fathurrahman untuk melaungkan azan apabila masuk nya waktu solat… Gemersik laungan Hayya a’alassolah oleh bilal tersebut mampu menenangkan hati dan mengajak hati-hati untuk terus sujud mengadap Rabbi. MasyaAllah semua hadir dengan izin Allah…Usaha dakwah juga tidak dilupakan kepada golongan rakyat..setiap minggu Fathurrahman akan menyampaikan sendiri peringatan ilmu atau kuliah ilmu kepada rakyat Andalus..Sebuah kawasan yang diberi nama Fathul ilm telah dijadikan dataran ilmu oleh Fathurrahman. Keluasannya mampu dihadiri oleh 500,0000 orang setiap satu waktu. Sekali lagi, usaha kerajaan terus disokong teguh oleh rakyat, mereka sanggup berpeluh, dan bersesak-sesak untuk mendengar pandangan ilmu oleh Tuan Fathurrahman.Dia juga mengajak rakyatnya untuk melakukan qiamullail sekurang-kurangnya sekali seminggu..Untuk memastikan usaha dakwah itu berjaya, dia sanggup mengetuk pintu rumah rakyatnya untuk menunaikan solat malam dan mengkhususkan dinihari Jumaat dengan mengadakan qiamullail beramai- ramai di Fahu Ilm. Fathurrahman sememangnya seorang pemuda yang sempurna kejadiannya, Baru berumur 35 tahun tapi sudah boleh bergelar Perdana Menteri Andalus, memacu pucuk pemerintahan Negara.. Dia juga dikurniakan Allah dengan akal yang sihat dan bijak, tampan dengan kulit yang putih kemerah- merahan dan yang paling penting ilmu agama dan akhlak cukup baik sekali..Fathurrahman pada awal usianya telah diddik oleh ayahnya Syeikh Abqari yakni ketua Ulamak Andalus yang cukup dihormati oleh segenap lapisan masyarakat dengan pendidikan agama yang cukup sempurna.. Dia diajar untuk menguasai pelbagai bidang antaranya usuluddin. Syariah. Fiqh, sains dan matematik.. Fathurrahman di latih oleh bapanya sendiri dan beberapa orang ulamak seperti Syeikh Sadid dalam ilmu Fiqh, Syeikh Liwaunnasri dalam bidang usuluddin dan syariah..

Monday, October 18, 2010

Dia lebih 7 x mimpi Nabi s.a.w, subhanallah!!

Alkisahnye semalam saya de mndgr sebuah ceramah, alhamdulillah mengisi rohani yang kontang.. MasyaAllah, sesungguhnya saya terkejut, apabila dikongsi dan diberitahu oleh penceramah bahawa terdapat seorang ulamak asia yang dah lebih dari 7x mimpi berjumpa Rasulullah.. Ya Allah hebatnye!!! Gerangan ini ialah tok guru Hj Hadi Awang, presiden Pas.. hebat bukan!! saya takjub dengannya, mesti ibadah dan solatnya sangat khusyuk pada Allah sehingga dikurniakan kesempatan begini yang saya kire x semua mampu dapat.. Cantik akhlaknya, tutur katanya bersinar seri wajahnya menandakan nur keikhlasannya dalam mendekatkan diri kepada Allah..Namun saya hairan dengan masyarakat terutama bangsa saya sendiri Melayu, tanpa segan silu menolak, menghina, menyumpah2 beliau sedangkan beliau pembawa panji Allah.. tertanya2 dalam diriku, bilakah bangsaku ingin sedar??? masihkah kalian mahu hidup dalam dunia yang penuh dengan kemungkaran..yang setiap harinya maksiat berlaku tanpa sebarang teguraan..Ya Allah, sesungguhnya umat Islam sudah jauh dari landasan agamaMu.. Nauzubillah, jangan lah Engkau membolak- balikkan hatiku..Thabatkan lah hatiku dalam agamaMu..dan satu perkara yang sangat2 saya ingat dalam ceramah semalam yang agak menyentak hatiku ialah terbatal nye akidah apabila kite x atau berhenti dari jalan perjuangan membawa agama Allah.. Ya Allah jauhkan lah diriku, thabatkan hatiku...
Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah terbuke jgak pintu hati nak update blog slps berbulan2 tinggalkan... x tau nape, nafsu malas n x de mo0d menyebabkan jari2ku tiada keinginan wlpn u mmbka blogku sndr.. diriku lbh senang u mlompat dari satu blog ke satu blog insan lain berbanding blogku sendiri.. erm, pelik jugak diriku ini.. kenapelah asyik duk ikut mo0d..erm, gini la pompuan huhu.. Namun ku syukur ke hadrat Ilahi yang masih memberi kesempatan waktu untukku u update blog.. maybe, this is one way to improve my writting.. insyaAllah medan penulisan akan menjadi tumpuan ku kali nie.. moga dikuatkan semangat yg tidak pernah putus.. insyaAllah.. saya akhiri, catatan pertama saya kali ini dengan sptg kata2 "Vision without action is merely dream,. Action without vision just passes the time,. Vision with action can change the word"...so, j0m kite mmbna visi dan terus bertindak tanpa prlu u toleh belakang lagi..