Tuesday, October 19, 2010

Tuan Fathurrahman 1

Persiapan ketenteraan terus disiapkan oleh Kapten Al-Amin bagi menyediakan puak tentera yang terbaik seperti yang dikehendaki oleh Tuan Fathurrahman yakni pemerintah Andalus yang mula memerintah Negara sejak 2035 hingga kini. Memetik sabda Rasulullah s.a.w : “Raja yang terbaik, tentera yang terbaik dan rakyat yang terbaik sahaja mampu menakluki Konstantinople”.. Namun, kali ini misi Fathurrahman lebih besar, hajatnya berkobar untuk menakluki kembali Kota Baitulmaqdis yang telah dimiliki oleh kaum Yahudi laknatullah dan beberapa buah Negara Arab yang kini di takluki Yahudi. Demi mencapai matlamat besar itu dia telah mula membentuk persiapan bermula dengan dirinya terlebih dahulu. Kemahiran ketenteraan dipelajari, ilmu-ilmu pengetahuan dan pemerintahan dikutip dan diamalkan dalam diri dan pemerintahan. Begitu juga dengan menteri-menteri Negara, para tentera dan rakyat jelata Negara Andalus. Tempat mencari ilmu disediakan dengan percuma untuk membantu dan menjaga kebajikan rakyat. Golongan lelaki terutamanya di galakkan oleh kerajaan untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri, oleh itu kerajaan telah meyediakan insentif dengan menyediakan kelas menembak, berenang dan memandu seminggu sekali tanpa perlu dibayar. Usaha kerajaan ini cukup disambut baik oleh rakyat malah mereka menyiapkan diri dengan menyokong pihak kerajaan untuk menjadi para mujahid fisabilillah. Pengisian rohani juga tidak diabaikan, Tuan Fathurrahman telah mengajak dirinya dan para tentera khususnya untuk menunaikan solat di awal waktu dan qiamullail terutama tahajud setiap hari...Beliau akan menangguhkan semua mesyuarat serta merta apabila mendengar laungan merdu azan bilal Waliuddin..Waliuddin yang bermaksud pembela agama telah di amanahkan oleh Tuan Fathurrahman untuk melaungkan azan apabila masuk nya waktu solat… Gemersik laungan Hayya a’alassolah oleh bilal tersebut mampu menenangkan hati dan mengajak hati-hati untuk terus sujud mengadap Rabbi. MasyaAllah semua hadir dengan izin Allah…Usaha dakwah juga tidak dilupakan kepada golongan rakyat..setiap minggu Fathurrahman akan menyampaikan sendiri peringatan ilmu atau kuliah ilmu kepada rakyat Andalus..Sebuah kawasan yang diberi nama Fathul ilm telah dijadikan dataran ilmu oleh Fathurrahman. Keluasannya mampu dihadiri oleh 500,0000 orang setiap satu waktu. Sekali lagi, usaha kerajaan terus disokong teguh oleh rakyat, mereka sanggup berpeluh, dan bersesak-sesak untuk mendengar pandangan ilmu oleh Tuan Fathurrahman.Dia juga mengajak rakyatnya untuk melakukan qiamullail sekurang-kurangnya sekali seminggu..Untuk memastikan usaha dakwah itu berjaya, dia sanggup mengetuk pintu rumah rakyatnya untuk menunaikan solat malam dan mengkhususkan dinihari Jumaat dengan mengadakan qiamullail beramai- ramai di Fahu Ilm. Fathurrahman sememangnya seorang pemuda yang sempurna kejadiannya, Baru berumur 35 tahun tapi sudah boleh bergelar Perdana Menteri Andalus, memacu pucuk pemerintahan Negara.. Dia juga dikurniakan Allah dengan akal yang sihat dan bijak, tampan dengan kulit yang putih kemerah- merahan dan yang paling penting ilmu agama dan akhlak cukup baik sekali..Fathurrahman pada awal usianya telah diddik oleh ayahnya Syeikh Abqari yakni ketua Ulamak Andalus yang cukup dihormati oleh segenap lapisan masyarakat dengan pendidikan agama yang cukup sempurna.. Dia diajar untuk menguasai pelbagai bidang antaranya usuluddin. Syariah. Fiqh, sains dan matematik.. Fathurrahman di latih oleh bapanya sendiri dan beberapa orang ulamak seperti Syeikh Sadid dalam ilmu Fiqh, Syeikh Liwaunnasri dalam bidang usuluddin dan syariah..

No comments:

Post a Comment